Selaku penyedia global platform pengurusan dan analisis data, Cloudera kini mengumumkan BASE (Inisiatif Kemahiran Analisis Besar) – sebagai inisiatif ekosistem mereka. Menerusi sokongan Apache Hadoop dan teknologi sumber terbuka lain, ia dapat menghasilkan tenaga kerja profesional data pada masa hadapan.
Direka untuk merapatkan jurang kemahiran profesional data terperinci yang dihadapi oleh industri, BASE menarik pemain industri dan institusi akademik bersama-sama untuk melengkapkan lebih banyak orang dengan kemahiran yang diperlukan dalam bidang dataraya. Inisiatif ini juga merangkumi elemen di mana para profesional data terlatih akan dipadankan dengan peluang di seluruh sektor di mana kemahiran mereka diperlukan.
Ketua Arkitek Cloudera dan pencipta bersama Apache Hadoop – Doug Cutting berpendapat mereka melihat kekurangan pengetahuan profesional yang mahir di seluruh industri menyebabkan mereka ingin membuka peluang ini. Peranan selaku pemangkin untuk membawa pelbagai pihak telah menjadi usaha bersama mereka, sama seperti komuniti sumber terbuka ketika Cloudera mencipta Hadoop. Inovasi kolaborasi ini akan membantu mereka mengukuhkan lagi bakat baru dalam data yang boleh digunakan bagi meningkatkan peniagaan dan inovasi dalam pasaran teknologi.
Agenda negara ingin menjadikan Malaysia sebuah ekonomi digital maju yang menghubungkan dan memberi kuasa kepada kerajaan, perniagaan dan rakyat. Teknologi transformasi seperti Big Data Analytics (BDA) memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan inisiatif ini dengan mewujudkan penyelesaian nilai perniagaan baru dan mendorong inovasi dan kemajuan yang signifikasi di pelbagai industri. Malaysia kini sedang dalam perjalanan menjadi hub BDA di rantau ASEAN dan melalui kerjasama dengan Cloudera dalam inisiatif BASE ini akan membawa mereka satu langkah ke hadapan ke arah ini.
Turut sama mengikuti insiatif BASE ini adalah perniagaan seperti Intel, Dell, Red Hat, Microsoft, SAS Malaysia dan Fusionex. Mereka berkomitmen dalam memainkan peranan dalam ekosistem kerjasama ini. Institusi akademik seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) juga telah mengikuti latihan dalam kemahiran data. Cloudera juga mendapat sokongan daripada Ambition Asia untuk menyesuaikan profesional data yang telah menyelesaikan latihan mereka untuk kekosongan jawatan yang betul.