5 Sebab Mengapa HP Spectre x360 Menepati Keperluan Seharian Anda
HP

5 Sebab Mengapa HP Spectre x360 Menepati Keperluan Seharian Anda

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Komputer riba kini telah menjadi satu keperluan untuk orang ramai dalam menjalani kehidupan seharian. Seiringan dengan perkembangan teknologi, komputer riba abad ini telah direka dengan rekaan yang lebih menetapi kehendak orang ramai. HP juga adalah salah satu pengeluar komputer riba yang tidak ketinggalan dalam memberi inovasi kepada rekaan produk komputer riba mereka.

Baru baru ini, HP telah melancarkan satu model komputer riba mereka yang terbaru, iaitu HP Spectre x360. Di Malaysia, hanya model dengan saiz paparan 13 inci sahaja yang memasuki pasaran tempatan, dan ia ditawarkan dengan pilihan warna Poseidon Blue sahaja.  Komputer riba ini hadir dengan rekaan yang lebih premium serta menepati keperluan harian pengguna, dan ini adalah sebab mengapa anda perlu memiliki HP Spectre x360.

1. Rekaan Nipis Dan Ringan Yang Memudahkannya Untuk Dibawa Kemana-mana

Komputer riba ini telah dibina dengan ciri yang memfokuskan kepada penggunaan harian. Oleh itu, komputer riba ini membawakan rekaan yang lebih ringan iaitu hanya seberat 1.32 kg sahaja dan hanya senipis 14.7 mm. Dengan rekaan senipis ini, ia sekaligus memudahkan anda untuk meletakkannya di dalam beg dan lebih ringan untuk dibawa kemana mana.

Dari segi rekaan lain untuk komputer riba ini, ia turut hadir dengan rekaan yang menampakkannya lebih premium dan mahal. Kemasan tubuh atas komputer riba ini adalah pusam, yang mana dengan rekaan ini, kesan cap jari tidak akan terlihat pada permukaan luaran atas peranti ini sekaligus membuatkannya kelihatan lebih kemas dan lebih bersih.

Komputer riba ini juga hadir dengan kemasan seperti sebuah berlian, dimana pada rekaan sisi peranti ini telah dibina dengan potongan sudut yang sedikit berlainan dengan rekaan komputer riba yang biasa. Seperti sebuah berlian, kemasannya dapat memberi efek geometrik dan kilauan yang cantik pada bahagian sisi sekaligus memberikan impak premium pada komputer riba ini.

Apa yang lebih menarik mengenai komputer riba ini adalah, ia direka dengan kebolehan untuk membuat lipatan sehingga 360 darjah. Hal ini sekaligus menjadikan komputer riba ini sebagai komputer riba dua dalam satu, yang membolehkannya berfungsi sebagai komputer riba yang biasa dan boleh juga berfungsi sebagai tablet. Oleh kerana rekaannya yang boleh berfungsi sebagai tablet ini, ia membolehkan anda untuk membuat kawalan skrin dengan hanya menggunakan sentuhan sahaja.

Kaca Gorilla daripada Corning adalah salah satu teknologi kaca yang digunakan secara meluas oleh pengeluar peranti pintar. HP juga turut tidak ketinggalan dalam menghasilkan komputer riba dengan teknologi kaca ini pada skrin komputer riba mereka. Bagi komputer riba HP Spectre x360, ia dilengkapi dengan teknologi kaca Gorilla NBT. Dengan terbinanya skrin hasil teknologi kaca Gorilla ini, ia dapat mengurangkan kadar calar pada skrin apabila anda membuat kawalan menggunakan sentuhan jari.

Pada bahagian papan kekunci komputer riba ini pula, ia dilengkapi dengan rekaan yang berlampu. Dengan rekaan lampu ini, ia  membolehkan anda untuk menaip di dalam gelap, dan kekunci dapat dilihat dengan jelas dan terang tanpa berasa silau. Jadi, anda tidak perlu risau produktiviti harian anda terganggu sekiranya membuat kerja di dalam kawasan yang kurang pencahayaan.

Daripada segi rekaan port komputer riba ini, HP Spectre x360 mempunyai rekaan I/O dengan dua port USB-C Thunderbolt 3, satu slot kad Mikro SD, satu USB 3 jenis A, dan satu bicu audio serta dilengkapi dengan sokongan Bluetooth 4.2.

2. Kualiti Paparan Dengan Sistem Pewarnaan Yang Baik

Dari segi pewarnaan yang ditawarkan, komputer riba ini hadir dengan pewarnaan yang terang dan tajam. Hal ini kerana ia dilengkapi dengan saiz paparan sebesar 1920X1080 pixel. Daripada sudut pandangan lain, komputer riba ini memberikan sudut pandangan (viewing angle) yang luas dan baik. Pewarnaan pada paparan skrinnya juga boleh dilihat dengan baik walaupun dilihat daripada sudut yang berbeza.

Paparan skrinnya juga membolehkan anda untuk mengawal komputer riba dengan hanya menggunakan sentuhan sahaja. Selain membuat kawalan menggunakan sentuhan, HP Spectre x360 ini juga boleh dikawal menggunakan pen yang telah siap terbina dan boleh didapati bersama pembeliannya.

Memandangkan komputer riba ini menawarkan dua port USB-C Thunderbolt 3, ia membolehkan anda untuk memperluaskan kepada dua paparan berasingan yang mana masing masingnya boleh membuat paparan yang beresolusi sehingga 5K. Dengan kebolehan ini, ia dapat memudahkan anda untuk membuat dua kerja dalam masa yang sama sekaligus dapat meningkatkan produktiviti harian anda.

3. Spesifikasi Yang Baik Untuk Membuat Kerja Penyuntingan 

Dari segi keupayaan operasi komputer riba ini pula, ia dilengkapi dengan sistem operasi Windows 10 bersama dua pilihan pemprosesan, iaitu Intel Core i5-8265U atau Intel Core i7-8565U generasi ke-8 dan disertakan bersama kad grafik Intel UHD Graphics 620.

Dengan kelengkapan pemprosesan dan sokongan kad grafik ini, ia sekaligus membolehkan anda untuk membuat proses penyuntingan gambar, video, atau apa apa kerja penyuntingan yang ringan dengan baik dan mudah tanpa sebarang masalah lengah masa.

Bagi anda yang sering membuat kerja kerja yang berkaitan lakaran, pen yang disertakan sekali bersama pembelian komputer ini sangat membantu anda untuk memudahkan kerja kerja penyuntingan digital dengan hanya menggunakan pen daripada HP ini. Pen HP ini juga mempunyai sensitiviti yang sangat baik, iaitu sehingga 4096 tekanan. Ia juga menyokong Windows Ink, yang mana dengan sokongan ini, ia dapat memudahkan dan melancarkan proses lakaran anda.

Selain itu, komputer riba HP Spectre x360 ini turut dilengkapi dengan dua pilihan memori dan storan. Untuk model dengan Intel Core i5, ia dilengkapi dengan memori sebesar 8GB RAM bersama storan SSD 256GB. Manakala untuk model dengan Intel Core i7 pula, ia dilengkapi dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 512GB.

4. Ketahanan Bateri Sehingga 22.5 Jam

Bagi anda yang mencari sebuah komputer riba untuk kegunaan harian dengan ketahanan bateri yang lama, HP Spectre x360 ini antara pilihan yang baik. Hal ini kerana model ini mempunyai jangka hayat bateri boleh bertahan sehingga 22 jam 30 minit untuk satu kali pengecasan.

Dengan ketahanan bateri selama ini, ia sekaligus dapat memberi peluang kepada anda untuk menjadi lebih produktif dalam menghasilkan kerja kerja harian anda. Ketahanan bateri selama ini juga menjadikannya antara yang komputer riba yang paling lama bertahan berbanding ketahanan bateri bateri komputer riba yang lain.

Komputer riba HP Spectre x360 ini boleh membuat pengecasan dengan hanya menggunakan sambungan USB-C. Dengan rekaan yang boleh dicas menggunakan USB-C ini, ia sekaligus membolehkan anda untuk membuat pengecasan peranti lain walaupun ketika mod komputer riba anda disetkan pada Sleep Mode atau Hibernating Mode.

5. Sistem Privasi Yang Dapat Menghindarkan Anda Daripada Mudah Digodam

Ciri menarik lain yang terdapat pada komputer riba ini adalah sistem privasinya yang baik. Pada sisi kanan komputer riba ini telah diletakkan butang khas yang dapat mematikan kamera web. Dengan rekaan butang ini, ia dapat membantu anda sebagai seorang yang mementingkan privasi daripada diintip oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab.

Pada bahagian paparan skrin komputer riba ini juga, fungsi Privacy Mode boleh diaktifkan dengan hanya menekan F1 pada papan kekunci. Apabila mod ini diaktifkan, paparan skrin anda akan menjadi lebih gelap apabila dilihat daripada sudut berlainan. Dengan fungsi ini, ia dapat menyelamatkan anda daripada mendedahkan maklumat maklumat sulit daripada pandangan orang lain.


Penutup

Jadi, bagi anda yang sedang mencari komputer riba untuk kegunaan harian yang dapat meningkatkan produktiviti anda, mungkin komputer riba HP Spectre x360 ini boleh diletakkan dalam senarai pilihan peranti terbaik untuk kegunaan harian.

Hal ini kerana, komputer riba ini, dilengkapi dengan rekaan yang nipis dan ringan untuk mudah dibawa kemana mana, ketahanan bateri yang dapat bertahan sehingga 22.5 jam, dan spesifikasi yang cukup baik untuk membuat kerja kerja penyuntingan, serta sistem privasi yang dapat menghindarkan anda daripada digodam oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab.

Bagi model dengan pilihan pemprosesan Intel Core i5, memori sebesar 8GB RAM bersama storan SSD 256GB, ia ditawarkan pada harga RM5249. Manakala untuk model dengan pilihan pemprosesan Intel Core i7, memori 8GB RAM bersama storan SSD sebesar 512GB, ia ditawarkan pada harga RM6499. Di Malaysia, hanya model dengan saiz paparan 13 inci dengan pilihan warna Poseidon Blue sahaja yang ditawarkan buat masa ini. Bagi anda yang berhasrat untuk memiliki komputer riba ini, ia boleh didapati di laman rasmi HP atau pengedar pengedar rasmi mereka.

Beli : HP Spectre x360 Melalui Laman Rasmi HP

Penafian: Advertorial Dari HP Malaysia.


TIPS & ULASAN