Perbandingan Pelan Data Prabayar Bulanan Daripada U Mobile, Digi, TuneTalk dan Celcom Pada Harga RM30

Perbandingan Pelan Data Prabayar Bulanan Daripada U Mobile, Digi, TuneTalk dan Celcom Pada Harga RM30

Diterbitkan pada Jan 11, 2019 oleh .

Penetapan harga serendah RM30 bagi pelan data prabayar dilihat menjadi keutamaan kepada pengguna. Umum ketahui, tidak ramai yang mampu membayar harga pelan data khususnya gologan pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah. Oleh itu, kami telah melampirkan perbandingan pelan data prabayar yang membolehkan anda dapati dengan harga RM30 sebulan pada beberapa rangkaian.

U Mobile

U Mobile kini menawarkan data tanpa had tambahan – UMI 30 untuk 7.5GB digunakan pada beberapa aplikasi dan perkhidmatan yang paling popular. Ia dilengkapi dengan App-Onz tanpa had, Muzik-Onz tanpa had, dan data tanpa had untuk Waze. App-Onz menyediakan data tanpa had untuk aplikasi media sosial termasuk Facebook, Instagram dan Twitter. Ini tersedia untuk semua pelanggan U Mobile Unlimited Power Prepaid.

Di samping itu, Music-Onz menyediakan data tanpa had untuk penstriman pada beberapa perkhidmatan muzik yang paling popular termasuk Spotify, Apple Music, Joox, Tidal, Milk Music, pelbagai aplikasi stesen radio tempatan dan banyak lagi. UMI 30 juga hadir dengan data tanpa had pada penstriman Youtube dan navigasi di Waze. Bagi kegunaan lain pula seperti data Video-Onz 2.5GB dapat digunakan pada beberapa perkhidmatan penstriman video yang paling popular seperti iflix, Netflix, YouTube, HyppTV Everywhere, Viu , dan banyak lagi.

Manakala pelan data kedua adalah Giler Unlimited prabayar – GX30 yang memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati data tanpa had bagi setiap aplikasi dengan RM30/sebulan. Melalui prabayar ini, pengguna dapat menikmati data tanpa henti setiap masa dan tiada sebarang sekatan data bagi kesemua aplikasi seperti media sosial dan pek muzik. Pelan ini turut memberi 3GB data secara percuma untuk anda berkongsi bersama rakan-rakan yang lain. Apa yang menarik tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

Prabayar: U Mobile – UMI30 & GX30 

Celcom – Xpax

Prabayar Xpax kini tampil dengan dua pelan data yang berbeza iaitu Internet Plan dan Xpax Youth yang menawarkan harga serendah RM30/bulan. Melalui parabayar Internet Plan – pengguna akan menikmati had data 15GB, dan perolehi penggunaan tanpa had pelayar Youtube pada lewat malam dari jam 1pagi hingga 7pagi. Malah, pengguna juga turut menikmati akses VIP bagi iflix dan tiga kali bonus data bagi setiap langganan.

Manakala pelan prabayar Xpax Youth pula menyediakan pengguna dengan had data sebanyak 17.5GB, dimana penambahan data sebanyak 50% – 2.5GB berbanding Internet Plan. Pelan ini turut menawarkan akses VIP bagi iflix kepada pengguna.

Kedua-dua pelan prabayar ini turut dapat menikmati penggunaan tanpa had bagi Youtube dan Music Walla, iaitu pakej muzik Xpax di mana pengguna dapat menikmati lagu menerusi Joox dan radio terpilih tanpa sebarang caj tambahan.

Prabayar: Celcom Xpax

Digi

Digi turut menawarkan dua pelan data prabayar yang berbeza yang bagi RM30/bulan. Bagi mereka yang hanya memerlukan internet sahaja, Pengguna akan memperolehi had data sebanyak 5GB, dan data tambahan menerusi pelan data prabayar biGBonus – 30GB. Tawaran biGBonus ini adalah terhad kepada 1GB data percuma setiap hari yang bermula dari jam 1 petang hingga 7 malam.

Sebaliknya jika anda memerlukan lebih daripada sekadar data, Digi menawarkan pelan prabayar Kaki Social iaitu had data 5GB bersama penggunaan tanpa had aplikasi Facebook, Twitter dan Instagram. Manakala tawaran keduanya adalah 3GB, bersama 300 minit panggilan tempatan secara percuma, dan data bonus juga bagi Facebook, Twitter dan Instagram.

Prabayar: Digi – biGBonus & Kaki Social

Tune Talk

Tune Talk juga mempunyai dua pilihan pelan data prabayar yang berbeza sekitar RM30. Pelan data asas iaitu RM28 hadir bersama data bulanan 4GB, namun sekiranya anda memuatkan semula harga data pada RM30, anda akan perolehi data tambahan 4GB secara percuma. Selain itu, pengguna juga boleh nikmati 400 minit panggilan percuma antara pengguna Tune Talk dan 100 minit panggilan percuma bagi kesemua rangkaian telekomunikasi.

Plihan kedua adalah Vibe 30 – dimana tawaran lebih menarik dengan nikmati 12GB data bersama dengan 120 TT Big Point. Anda juga turut perolehi 40 minit panggilan percuma bagi rangkaian Tune Talk dan 40 minit panggilan percuma keseluruh rangkaian. Pengguna juga perolehi kredit masa sebanyak RM5. Langganan ini boleh dibuat menerusi laman web Tune Talk.

Prabayar: Asas & Vibe 30

Menerusi perbandingan yang telah dilakukan ke atas pelan data prabayar tersebut, ternyata pengguna diberi pilihan yang variasi dalam memilih pelan mengikut kesesuaian kehendak dan keperluan diri anda. Namun, secara peribadinya saya melihat tawaran pelan data prabayar U Mobile – UMI30, GX30 dan Celcom – Xpax Youth memberikan sedikit kelebihan penggunaan data berbanding rangkaian lain kepada pengguna. Namun aspek liputan rangkaian juga perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum anda keputusan bagi melanggan pelan data prabayar tersebut.


TIPS & ULASAN