Cari @ Amanz

Yoodo Hadir Dengan Promosi Tahun Baru 2019 – RM1 Untuk 20GB Data Sosial

Oleh Aman

Link Copied!

Yoodo merupakan salah satu perkhidmatan telekomunikasi yang membolehkan anda membuat pengoptimasian penggunaan data dengan mudah melalui aplikasinya. Terkini, dengan permulaan tahun 2019, pihak Yoodo turut hadir dengan sebuah promosi baru, iaitu menawarkan data sosial sebanyak 20GB pada harga RM1.

Yoodo RM!

Walaubagaimanapun, penawaran data ini hadir dengan beberapa kekangan. Pertama sekali, pengguna perlu memilih untuk perkhidmatan apakah data sosial berkenaan akan digunakan – sama ada untuk Facebook sahaja, YouTube sahaja, Instagram sahaja, atau WhatsApp sahaja.

Sebaik sahaja mengaktifkannya, penggunaan data pada aplikasi berkenaan tidak lagi akan ditolak daripada penggunaan data langganan biasa.

Pada masa yang sama, Yoodo juga turut mengatakan pengguna memerlukan pelan asas sebelum dapat melanggan promosi ini, dan langganan data RM1 ini akan tamat pada hari akhir pelan asas anda tamat.

Dan sekiranya anda melanggan pelan ini, hendaklah ambil perhatian yang mana langganan ini akan diperbaharui pada harga biasa bermula bulan hadapan. Ini bermakna, anda perlu membatalkan pelan ini daripada diperbaharui secara automatik sekiranya tidak ingin meneruskan penggunaannya pada bulan seterusnya.


Komen ()