Perkhidmatan Selular Di KLIA Dan KLIA 2 Akan Terganggu Disebabkan Kerja Naik-Taraf – Sehingga 3 Bulan Lamanya

Perkhidmatan Selular Di KLIA Dan KLIA 2 Akan Terganggu Disebabkan Kerja Naik-Taraf – Sehingga 3 Bulan Lamanya

Diterbitkan pada Jan 1, 2019 oleh .

Bagi para pengguna yang akan ke KLIA atau KLIA 2 dalam masa terdekat ini, pihak Malaysia Airports kini telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka sedang dalam proses menaik-taraf infrastruktur komunikasi di lapangan terbang berkenaan bermula 1 Januari 2019.

Disebabkan oleh proses naik-taraf ini, perkhidmatan selular di KLIA dan juga KLIA 2 dijangka akan terganggu – terutamanya dari segi kelajuan dan juga penerimaan gelombang.

Pihak Malaysia Airports menyasarkan semuanya kembali seperti biasa dalam tempoh 3 bulan akan datang – dan proses naik-taraf ini dijangka akan dilakukan secara berperingkat.

Sebagai alternatif ketika proses naik-taraf, pihak Malaysia Airports mengalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan Airport Wifi percuma untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan serta ahli keluarga dengan mudah.


TIPS & ULASAN