Di Malaysia pengiklanan untuk peranti mercu lebih kerap dilihat berbanding peranti kelas pertengahan. Terdapat prestij sekiranya anda memiliki sebuah peranti mercu premium seperti iPhone dan Galaxy Note 9. Tetapi berapakah sebenarnya jumlah jualan peranti mercu berbanding peranti kelas lain? Menurut laporan terkini dari Counterpoint, pada suku ketiga 2018, peranti mercu premium menyumbang kepada 22% jualan keseluruhan peranti.
Apple memegang 47% pasaran diikuti oleh Samsung (22%), Huawei (12%), Vivo (5%), OPPO (5%) dan Xiaomi (3%). Menarik sekali dalam segmen peranti berharga $800 dan ke atas, Apple memegang 80% pasaran. Dalam segmen $400-600 pula Samsung memegang 25% diikuti oleh Apple (21%), Huawei (17%), Vivo (10%) danOPPO (7%). Secara keseluruhan OnePlus ialah pengeluar yang mencatatkan peningkatan jualan tertinggi di dalam kategori peranti mercu premium pada suku ini.