Carian
Microsoft Mengakhiri 2018 Sebagai Syarikat Dengan Modal Pasaran Tertinggi
January 2, 2019 Effi Saharudin

Ogos tahun lalu, Apple menjadi syarikat pertama yang mencecah modal pasaran (market capitalisation) 1 trilion. Ini diikuti pula oleh Amazon pada bulan September. Tetapi nilai saham kedua-dua syarikat ini telah menyusut dan akibatnya Microsoft menjadi syarikat yang menamatkan 2018 dengan modal pasaran bernilai $779.67 bilion (~RM 3.23 trilion).

Apple menamatkan 2018 di tangga kedua dengan modal pasaran $748.54 bilion diikuti oleh Alphabet ($726.73 bilion), Google ($720.23 bilion) Facebook ($376.72 bilion) dan Intel ($214.19 bilion). Microsoft diramalkan akan akhirnya mencapai modal pasaran $1 Trilion pada tahun ini.

Kekuatan mereka kini penawaran storan awanan, perisian pada pelbagai platform dan menumpukan perhatian kepada sektor perniagaan. Kesemuanya berlaku di bawah pimpinan CEO Satya Nadela yang melakukan perbagai perubahan drastik termasuk menghentikan pembangunan sistem operasi telefon mudah alih mereka kerana merugikan syarikat.

Komen