Anda sedang membaca berita ini menerusi pelayar web. Teknologi Internet kini sudah menjadi perkara yang terlalu biasa, kita kerap kali terlupa pernah suatu ketika ia tidak wujud dan dunia adalah cukup berbeza. Dunia pastinya seperti sekarang sekiranya projek ARPANET tidak dibangunkan pada tahun 1969. ARPANET ialah asas kepada Internet yang kita nikmati sekarang yang hanya menyambungkan empat komputer kepada sebuah rangkaian.
Lawrence Roberts bersama dengan Bob Kahn, Vint Cerf dan Len Kleinrock adalah empat individu penting dalam pembangunan ARPANET. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada 26 Disember lalu pada usia 81 tahun kerana serangan jantung. Nama beliau mungkin tidak dikenali ramai tetapi beliau bertanggungjawab terhadap penggunaan sistem yang tidak berpusat dan penghantaran data dalam potongan kecil yang dipanggil paket. Asas ARPANET ini masih digunakan sekarang walaupun sudah berusia 50 tahun.