Kenderaan elektrik diharap dapat mengurangkan pencemaran di kawasan bandar. Beberapa negara seperti Sepanyol dan Norway telah mengambil langkah drastik mengharamkan kenderaan bahan api fosil seawal 2025. China ialah negara yang sedang cuba mengurangkan masalah pencemaran udaranya. Ora R1 ialah kereta elektrik yang baru dijual dengan jarak operasi sehingga 312 kilometer dengan sekali caj.
Kenderaan padat empat pintu ini dilengkapi motor elektrik 35 kW dengan kelajuan maksimum 100 km/j. Ia dijual pada harga bermula dari RMB 59,800 (~RMÂ 35982) sebuah. Harga jualan yang rendah bagi kenderaan elektrik ini adalah kerana subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi menggalakkan penggunaannya di kawasan bandar. Selain itu Ora turut memberikan jaminan selama tiga tahun atau 120,000 km untuk keseluruhan kenderaan dan jaminan selama lapan tahun untuk komponen utama.