Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Diperlihatkan – Dikatakan Bakal Hadir Di Pasaran Dunia Pada 15 Januari

Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Diperlihatkan – Dikatakan Bakal Hadir Di Pasaran Dunia Pada 15 Januari

Diterbitkan pada Jan 2, 2019 oleh .

Bagi mereka yang masih menunggu untuk kehadiran kad grafik dengan kebolehan Ray Tracing yang lebih mampu-milik, nampaknya kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 akan hadir di pasaran dunia pada 15 Januari kelak.

Malah, gambar-gambar kad grafik RTX 2060 ini telah tertiris melalui laman web VideoCardz, dan rekaannya hampir seakan-akan kad grafik RTX 2070 dari segi rupa dan kipas penyejuknya.

Walaupun butiran khusus mengenai kad grafik ini belum disahkan lagi, ia dapat dilihat bahawa kad grafik ini akan dikuasakan oleh satu palam kuasa 8-pin PCIe, dan akan dilengkapi dengan dua palam DisplayPort, satu palam HDMI, satu palam DVI-D dan satu palam USB Type-C yang mungkin digunakan untuk peranti yang menyokong sambungan Virtual Link

.Butiran lanjut mengenai kad grafik ini kemungkinan besar akan dilihat sewaktu acara CES 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN