Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Mix 2S adalah telefon pintar Xiaomi ketiga dengan rekaan hampir nirbingkai. Mi Mix 2S ini juga antara telefon pintar dengan rekaan yang unik kerana kamera swafotonya berada di bawah. Prestasi kamera Mi Mix 2S ini menurut DXOMark adalah setanding dengan iPhone X.

Mengejutkan, walaupun Mi Mix 3 sudah dilancarkanCEO Xiaomi, Lei Jun dilihat masih menggunakan Mi Mix 2S dan bukannya siri Mix yang terkini. Perkara ini disedari selepas Lei Jun menerbit gambar di Weibo dan tera-air pada gambar tersebut memperlihatkan nama Mi Mix 2S. Menurut Lei Jun, beliau masih menggunakan Mi Mix 2S kerana sedang membantu menaiktaraf kamera siri Mix ini.

Ini bermakna, kelak dengan kemaskini akan datang – Xiaomi Mi Mix 2S mungkin akan hadir dengan prestasi kamera yang lebih baik. Disebabkan gambar yang Lei Jun kongsikan ini adalah gambar waktu malam, mungkin sokongan Night Mode untuk Mi Mix 2S akan mempunyai hasil yang baik.

Di Malaysia, Xiaomi Mi Mix 2S boleh didapati pada harga serendah RM1799 untuk set rasmi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd