Cari @ Amanz

Tahun 2019 adalah tahun baru dan pasti akan ada banyak teknologi baru akan hadir. Terkini, Samsung dilihat mungkin akan hadir dengan kasut sukan pintar dengan sensor kecergasan terbina. Kasut ini dikatakan akan hadir pada CES 2019 kelak.

Kasut ini dibina daripada bahan seperti kulit dan bahan sintetik lain. Kemudian sensornya adalah di luar kasut di bahagian belakang. Terdapat dua jenis kasut sukan pintar yang dipatenkan; model A, fungsi pintarnya perlu dihidupkan dengan menarik sensor tersebut – manakala, model B sensornya terdiam didalam ruang khas dan pengguna perlu buka penutup untuk hidupkan.

Tiada maklumat lanjut mengenai kasut sukan pintar ini. Tetapi tidak dinafikan di mana ia akan diintegrasi bersama-sama dengan Bixby serta jam tangan pintar Galaxy Gear. Sebelum ini, Xiaomi dilihat turut hadir dengan kasut sukan pintar – tetapi sensornya adalah daripada Intel Curie dan ia terdiam di dalam kasut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd