Cari @ Amanz

Xiaomi Melancarkan Mi Laser Projector Lite – Projektor Laser Berharga Mampu Milik

Link Copied!

Tahukah anda Xiaomi mempunyai banyak produk yang berkait dengan televisyen? Semestinya salah satu daripada produk tersebut adalah Mi TV, kemudian turut terdapat pembesar suara, soundbar dan juga projektor. Xiaomi sebelum ini sudah mempunyai dua projektor; Mi Laser Projector dan Mijia Projector.

Hari ini, Xiaomi lancarkan sebuah projektor baharu dan yang menarik dengan projektor ini adalah – ia sejenis projektor laser dan berharga mampu milik, Mi Laser Projector Lite. Projektor ini hanya mampu memancarkan resolusi 1080 HD penuh dengan saiz daripada 50-inci sehingga 120-inci. Kemudian, lampu pada projektor ini adalah daripada OSRAM P1W/A dengan kecerahan 800 ANSI lumens. Menariknya ia menyokong format HDR10 jadi kandungan yang dipancarkan jika sesuai akan menghasilkan warna yang cerah, terang, menarik dan cantik.

Xiaomi Mi Projector Lite ini turut mempunyai dua pembesar suara 10W terbina. Pembesar suara yang dihasilkan mempunyai kesan bunyi daripada Dolby dan DTS. Kemudian, projektor ini menjalankan sistem operasi MIUI TV dengan kemapuan kawalan suara. Projektor ini dijual pada harga hanya RMB2199 (~RM1328) sahaja.


Komen ()