Pos Malaysia hari ini mengumumkan perancangan mereka untuk hadir dengan sebuah pertandingan baru dalam menggunakan pelbagai inovasi dan teknologi dalam menambah-baik perkhidmatan kurier di Malaysia.
Menariknya, pertandingan ini dilihat akan melibatkan penggunaan dron, dan mungkin juga beberapa teknologi lain.
Buat masa ini, info penuh mengenai pertandingan ini masih tidak diketahui lagi. Pos Malaysia dijangka berkongsi lanjut mengenai pertandingan yang diadakan julung kalinya ini pada 10 Januari 2019 kelak.