Cari @ Amanz

Realme Telah Memasarkan Lebih 4 Juta Telefon Pintar Sehingga Kini

Oleh Aman

Link Copied!

Realme merupakan salah satu sub-jenama daripada Oppo, yang telah dilancarkan sejak sekitar bulan Mei 2018 lepas. Kini, kurang setahun, pihak Realme berkongsi angka statistik semasa, mengatakan mereka kini mempunyai 4 juta pengguna.

Realme 4 Juta

Hal ini sekaligus memperlihatkan yang mana Realme telah terjual lebih 4 juta unit sejak ia dilancarkan sekitar tujuh bulan yang lepas.

Ini boleh dikatakan antara angka yang tinggi, apatah lagi memandangkan mereka hanya memasarkan peranti mereka dibeberapa buah negara sahaja.

Di Malaysia sendiri, Realme baru sahaja ditawarkan secara rasminya, dimana antara model yang ditawarkan adalah Realme 2, Realme 2 Pro dan juga Realme C1. Kesemua peranti berkenaan menawarkan harga yang sangat kompetitif untuk peranti pada kelasnya.

Dengan perkembangan sihat ini, mungkinkah kita akan melihat Realme mula mendominasi pasaran peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan pada 2019 ini?


Komen ()