Media Prima Meneruskan Pelaburan Pada Penerbitan Digital – Mengambil-Alih 25% Pada Penerbit TantanNews

Media Prima Meneruskan Pelaburan Pada Penerbitan Digital – Mengambil-Alih 25% Pada Penerbit TantanNews

Diterbitkan pada Jan 2, 2019 oleh .

Media Prima Digital sedia mempunyai sejumlah jenama penerbitan popular dibawah mereka, termasuk antaranyya melalui Rev Asia adalah Says, Oh Bulan, The Vocket dan sebagainya. Hari ini, mereka turut menambah satu lagi penerbitan dibawah mereka, iaitu TanTanNews.

TanTanNews merupakan portal berita berbahasa Cina. Media Prima Digital mengambil-alih 25% pegangan pada penerbit portal berkenaan menerusi REV Asia. Nilai transaksi yang terlibat tidak diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini.

Dengan pengambil-alihan ini, REV Asia dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena digital. Kini, mereka mempunyai sekitar 8.4 juta pengunjung unik secara gabungan dibawah semua penerbitan dibawah mereka. Selain itu, baru-baru ini, mereka juga telah turut menguruskan penerbitan Mashable di Asia Tenggara.


TIPS & ULASAN