Google Chrome Untuk Windows Bakal Menerima Sokongan Tema Gelap

Google Chrome Untuk Windows Bakal Menerima Sokongan Tema Gelap

Diterbitkan pada Jan 3, 2019 oleh .

Pada hari ini, dengan lebih ramai yang menggunakan komputer untuk tempoh masa yang lama, pelbagai pembangun perisian mula mengintegrasikan mod tema gelap dalam memberikan keselesaan kepada pengguna. Terkini, pembangun Google Chrome dilihat mengesahkan yang mana mod tema gelap bakal hadir untuk pengguna di Windows 10 tidak lama lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan berkenaan bilakah ciri ini akan diperkenalkan. Pihak pembangun Chrome telah memberikan perhatian kepada mod tema gelap sejak tahun lepas, ketika Apple mengumumkan sokongan mod tema gelap pada sistem operasi mereka.

Walaubagaimanapun, ketika itu, ia didapati sedikit sukar untuk membezakan penggunaan elemen warna untuk rekaan pelayar web Chrome biasa dan juga ketika dalam mod Incognito.

Ia tidak diketahui lagi sama ada masalah berkenaan telah pun diatasi atau sebaliknya.

Memandangkan pihak pembangun Chrome telah mengesahkan ciri ini akan hadir untuk pengguna Windows 10, maka kita mungkin akan dapat melihat ia diperkenalkan ketika waktu yang lebih kurang sama untuk pengguna macOS.


TIPS & ULASAN