Antutu Mengeluarkan Senarai Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang Disember 2018

Antutu Mengeluarkan Senarai Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang Disember 2018

Diterbitkan pada Jan 3, 2019 oleh .

Tahun baru sudah tiba dan tahun ini pasti akan ada banyak lagi peranti pintar yang bakal dilancarkan. Tetapi tidak semestinya peranti pada tahun 2018 sudah tidak relevan. Akhir bulan 2018 iaitu Disember, Antutu telah hadir dengan senarai peranti dengan prestasi terbaik sepanjang akhir bulan 2018.

Mengejutkan, tiga tangga teratas sebelum ini yang dipegang oleh siri Huawei Mate 20 iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X telah tewas dengan Nubia Red Magic Mars Edition. Kemudian diikuti dengan Huawei Mate 20 dan Honor V20 telah tewaskan siri Mate 20 yang lain. Ini bermakna, jika sistem operasi tidak dioptimasikan dengan lebih baik – Snapdragon 845 dengan binaan 10nm turut boleh tewaskan Kirin 980 dengan binaan 7nm yang sepatutnya lebih baik.

Berikut adalah senarai telefon pintar mengikut turutan dari yang tertinggi sehingga yang berada di peringkat paling bawah.

  1. Nubia Red Magic Mars – 320464
  2. Huawei Mate 20 – 309130
  3. Honor V20 – 305525
  4. Huawei Mate 20 X – 304096
  5. Huawei Mate 20 Pro – 302872
  6. Honor Magic 2 – 300978
  7. Black Shark Helo – 300211
  8. OnePlus 6T – 296278
  9. Black Shark – 294193
  10. Nubia X – 294032

Kali ini, banyak peranti yang tidak tersenarai – antaranya adalah Asus ROG Phone, OnePlus 6 atau mana-mana Samsung Galaxy. Sebelum ini, hanya 4 sahaja peranti yang mencapai skor lebih 300K – kini sebanyak 7 peranti yang capai skor melebihi 300K. Makin hari, makin baik prestasi sesebuah telefon pintar. Agaknya, bagaimana peranti dengan Snapdragon 855 kelak?

Sebagai peringatan, markah tanda aras hanyalah nombor semata-mata dan prestasi sebenar adalah bergantung kepada pengguna dari segi cara penggunaan serta keselesaan.


TIPS & ULASAN