Cari @ Amanz

Celcom telah hadir dengan penawaran mereka yang tersendiri, dibawah pelan EasyPhone. Pelan ini dilihat sangat berbaloi jika anda seorang yang suka mengikuti perkembangan teknologi terkini dan sering bertukar-tukar peranti pintar. Dengan adanya pelan ini, ia membolehkan anda untuk mendapatkan peranti terkini tanpa perlu membelinya dan hanya membuat bayaran sewa secara bulanan pada harga yang sangat mampu milik.

Sekiranya anda pelanggan Celcom atau berminat untuk menukar pelan telekomunikasi kepada Celcom, anda tidak tersalah dalam membuat keputusan. Hal ini kerana dengan penawaran yang diberikan oleh Celcom, anda boleh menikmati pelbagai jenis kelebihan. Seperti pelan EasyPhone ini, pelan ini membolehkan anda untuk menikmati kelajuan internet sehingga 100 GB dengan pakej Platinum Plus, dan boleh memiliki telefon pintar yang terbaru daripada Apple, iaitu iPhone XR pada harga serendah RM58 sebulan.

Sempena tahun baru 2019 ini, Celcom telah menawarkan harga langganan bulanan yang mampu milik sekaligus membolehkan anda untuk memiliki pelbagai model iPhone yang terkini, seperti iPhone XR. Telefon pintar ini ditawarkan dengan tiga pilihan storan, iaitu daripada 64GB sehingga 512GB.

Telefon pintar iPhone XR membawakan rekaan skrin 6.1 inci dengan panel LCD, cip pemprosesan Apple A12 Bionic, sokongan kalis air IP67, kamera belakang 12 MP bersama kamera hadapan 7MP, selain bateri yang dikatakan 90 minit lebih lama berbanding iPhone 8 Plus dan berharga RM3599 untuk pasaran tempatan. Namun, sekiranya anda melanggan telefon pintar ini melalui pelan Celcom EasyPhone, anda boleh memilikinya pada harga serendah RM58 sahaja untuk sebulan.

Selain itu, pihak mereka juga menawarkan perkhidmatan penjagaan telefon melalui Celcom EasyPhone. Menerusinya, anda boleh mendapatkan program perlindungan peranti untuk telefon pintar anda dengan harga hanya serendah RM0.60 setiap hari. Jadi, sekiranya telefon pintar yang anda miliki dibawah pelan ini terdapat sebarang masalah, anda boleh membuat penukaran dengan peranti mereka yang baru.

Ini sekaligus memberi peluang kepada anda yang ingin memiliki sebuah peranti berteknologi tinggi dan terkini dengan harga bulanan yang sangat mampu milik. Menerusi pelan EasyPhone ini, anda boleh memilih beberapa pakej. Antaranya adalah Gold Plus 40 GB, Gold Supreme 50 GB, Platinum 60 GB dan Platinum Plus  100 GB.

Pakej Gold Plus 40 GB membolehkan anda untuk menikmati penstriman iflix secara percuma sehingga 12 bulan, kuota internet sehingga 20 GB untuk hari minggu bersama 20 GB percuma untuk hujung minggu serta 100GB percuma untuk Super Video Walla.

Untuk pakej Gold Supreme 50 GB pula, pakej ini memberi peluang kepada anda untuk membuat penstriman VIP untuk iflix selama 12 bulan, kuota internet sehingga 25 GB untuk hari minggu bersama 25 GB kuota percuma pada hujung minggu serta 100GB percuma untuk Super Video Walla.

Untuk pakej Platinum 60 GB pula, pakej ini menawarkan pelan internet perayauan untuk 9 negara di Asia Tenggara selama satu tahun. Ia juga hadir dengan kuota internet sehingga 30 GB untuk hari minggu dan percuma 30GB pada hujung minggu serta 100GB percuma untuk Super Video Walla.  

Sekiranya anda berminat untuk melanggan pelan Platinum Plus 100 GB pula, dengan hanya membayar RM188, anda boleh menikmati internet perayauan secara percuma untuk 9 negara di Asia Tenggara selama satu tahun. Melalui pelan ini juga, anda boleh menggunakan kuota internet sehingga 100 GB serta percuma 100 GB Super Video Walla.

Jika anda berminat untuk membeli iPhone XR, anda boleh memilih pakej yang anda inginkan menerusi pelan Celcom EasyPhone dan harga bulanannya merupakan jumlah untuk kombinasi harga iPhone XR dan pakej yang anda perlu bayar setiap bulan.

Untuk pakej Gold Plus 40 GB, anda hanya perlu membayar RM98 untuk pakej ini dan RM117 hingga RM143 untuk iPhone XR bergantung kepada saiz storan yang anda pilih. Manakala, untuk menyewanya, anda hanya perlu membayar sewa telefon pada harga bemula RM85 hingga RM105 setiap bulan.

Untuk pakej Gold Supreme 50GB pula, pakej ini berharga RM128 setiap bulan dan untuk membeli iPhone XR serta melanggan pakej ini, anda perlu membayar RM104 hingga RM131. Namun, untuk menyewa pula, harga sewaan yang ditawarkan adalah serendah RM73 hingga RM93 setiap bulan.

Pakej lain yang ditawarkan adalah Platinum 60GB yang memerlukan pengguna untuk membayar RM148 sahaja setiap bulan untuk pakej ini. Jika anda membeli iPhone XR dan melanggan pelan ini, anda hanya perlu memilih saiz storan yang anda inginkan dan membayarnya pada harga bermula RM99 hingga RM126 setiap bulan untuk sebuah telefon pintar. Tetapi, harga sewaaannya dilihat lebih murah, dimana anda hanya perlu membayar RM68 hingga RM88 sahaja bergantung saiz storan yang anda pilih.

Akhir sekali adalah pakej Platinum Plus 100GB yang berharga RM188 sebulan. Dengan melanggan pakej ini, kadar harga yang anda perlu bayar untuk sebuah iPhone XR setiap bulan semakin rendah dimana harganya adalah di antara RM89 hingga RM116 sekiranya anda ingin memiliki terus iPhone XR ini. Manakala sekiranya anda ingin menyewa dengan pakej ini, anda hanya perlu membayar serendah RM58 hingga RM78 sahaja setiap bulan untuk sebuah iPhone XR.


Tawaran daripada Celcom EasyPhone ini dilihat amat berbaloi untuk dilanggan. Hal ini adalah kerana, dengan hanya membayar serendah RM89 setiap bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone XR buat selamanya. Namun, sekiranya anda seorang yang sering bertukar tukar peranti dan sentiasa ingin mengikuti arus teknologi terkini, anda boleh memilih untuk menyewa peranti ini pada harga serendah RM58 sahaja setiap bulan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone XR melalui pelan EasyPhone daripada Celcom ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di cawangan BlueCube yang berhampiran di seluruh Malaysia sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial daripada Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd