Cari @ Amanz

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan akan hadir dengan penawaran buku teks digital untuk para pelajar. Kini, selari dengannya, aplikasi buku teks digital telah pun diterbitkan dan boleh digunakan oleh para pelajar Tingkatan 1 terlebih dahulu.

Buku teks digital ini hadir dalam bentuk EPUB, sekaligus membolehkan para pelajar membuat catatan nota tambahan, serta sedikit ringan berbanding penggunaan format PDF. Disamping itu, buku teks yang ditawarkan juga adlah berbentuk interaktif.

Buku Teks Digital

Daripada penggunaan kami sendiri, walaupun antaramukanya tidak begitu mesra pengguna, tetapi ia dapat disesuaikan selepas beberapa kali penggunaan.

Para pelajar boleh memuat-turun aplikasi Buku Teks Digital ini daripada Google Play Store atau Apple App Store hari ini, dan seterusnya melakukan pendaftaran berasaskan sekolah, dan mula menggunakannya. Buat masa ini, buku teks tingkatan 1 ditawarkan, tetapi kandungan untuk pelajar tahap lain turut disediakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd