Microsoft Surface Pro 6 Dan Microsoft Surface Laptop 2 Bakal Hadir Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari Harga RM4399

Microsoft Surface Pro 6 Dan Microsoft Surface Laptop 2 Bakal Hadir Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari Harga RM4399

Diterbitkan pada Jan 3, 2019 oleh .

Siri peranti Microsoft Surface diantara peranti tablet dan komputer riba premium yang diingini orang ramai kerana kepadatannya dan juga komponen-komponen yang berkuasa yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis tugas.

Hari ini, Microsoft Malaysia mengumumkan bahawa peranti Microsoft Surface Pro 6 dan juga Microsoft Surface Laptop 2 bakal dijual di pasaran Malaysia pada 15 Januari tidak lama lagi.

Tablet Microsoft Surface Pro 6 ialah versi terbaru tablet popular Microsoft Surface Pro yang digunakan untuk para pekerja yang sering bekerja di luar pejabat, dan inginkan sebuah peranti padat yang berkuasa.

Microsoft Surface Laptop 2 pula ialah laptop Surface yang hadir dengan rekaan ultra nipis, dan cukup sesuai bagi mereka yang lebih gemar menggunakan peranti dengan rekaan komputer riba tradisional, tetapi masih inginkan rekaan premium peranti Surface.

Pra-tempahan untuk kedua-dua peranti ini sudahpun mula dibuka pada hari ini (3 Januari 2019), dan akan mula dijual di semua kedai pengedar peranti Microsoft pada 15 Januari kelak.

Butiran dan harga peranti Microsoft Surface Pro 6 dan Microsoft Surface Laptop 2 adalah seperti berikut:

Model Harga Cadangan (RM)
Konfigurasi Microsoft Surface Pro 6 (Platinum sahaja)
Surface Pro 6 Intel i5/8GB RAM/128GB SSD 4,399.00
Surface Pro 6 Intel i5/8GB/256GB SSD 5,799.00
Surface Pro 6 Intel i7/8GB RAM/256GB SSD 7,079.00
Surface Pro 6 Intel i7/16GB RAM/512GB SSD 8,999.00
Konfigurasi Surface Laptop 2 (Platinum sahaja)
Surface Laptop 2 Intel i5/8GB RAM/128GB SSD 4,829.00
Surface Laptop 2 Intel i5/8GB RAM/256GB SSD 6,199.00
Aksesori
Surface Pen

(Hadir dalam Platinum, Burgundy dan Cobalt Blue)

399.00
Type Cover for Surface Pro 6

(Hadir dalam warna hitam)

473.00
Signature Type Cover for Surface Pro 6

(Hadir dalam Platinum, Burgundy dan Cobalt Blue)

634.00
Signature Type Cover with Finger Print Reader for Surface Pro 6

(Hadir dalam warna hitam)

634.00
Surface Mobile Mouse

(Hadir dalam Platinum, Burgundy and Cobalt Blue)

187.00

TIPS & ULASAN