Chrome OS adalah satu sistem operasi yang ringan. Walaupun ia ringan, tidak bermakna ia tidak mempunyai keselamatan. Chrome OS adalah produk Google dan sistem operasi daripada Google pasti akan mempunyai sistem sekuriti yang baik.
Terkini dalam Chromium Gerrit, Google sedang menguji satu keselamatan baru di mana ia akan menghalang daripada sambungan USB. Halangan ini adalah dengan sekuriti baru bernama ‘USBGuard‘ dan hanya akan aktif jika peranti dikunci. Tujuan sekuriti ini diimplementasikan adalah untuk melindungi Chromebook daripada peranti-peranti berbahaya seperti pemacu USB dengan aplikasi hasad atau virus.
Port USB hanya boleh digunakan semula apabila pengguna menyahkunci peranti. Menurut Chrome Story, beberapa Chromebook sudah pun mempunyai fungsi ini terbina – manakala yang lain mungkin akan hadir melalui kemaskini.
Sumber: Chrome Story dan Chromium Reddit