Carian
Peranti Diperkatakan Telefon Boleh-Lipat Daripada Xiaomi Diperlihatkan Dalam Video Ringkas
January 4, 2019 Aman

Pada tahun 2019 ini, pelbagai pengeluar dijangka hadir dengan telefon boleh-lipat mereka tersendiri. Menariknya, kini melalui sebuah video yang hadir tertiris ke arena web, ia memperlihatkan sebuah peranti boleh-lipat yang dikatakan hadir daripada pihak Xiaomi.

Daripada video yang dikongsikan @evleaks hari ini, ia memperlihatkan sebuah peranti bersaiz tablet yang boleh dilipat bahagian kiri dan kanannya, sekaligus mengubah ia menjadi sebuah telefon pintar. Peranti berkenaan juga dilihat menjalankan sistem operasi MIUI.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sepenuhnya sama ada ia merupakan daripada Xiaomi atau sebaliknya. Apa pun, daripada video demo berkenaan, ia memperlihatkan peranti berkenaan berfungsi dengan lancar tanpa masalah, dan boleh dilipat menjadi telefon dengan mudah.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dalam arena peranti boleh-lipat ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran telefon boleh-lipat daripada beberapa pengeluar dalam tempoh sebulan dua ini.

Komen