Cari @ Amanz

Aplikasi Huawei ‘Facing Emotions’ Menggunakan Bunyi Untuk Hasilkan Emosi Secara Visual

Link Copied!

Huawei dilihat semakin aktif dalam pembangunan aplikasi untuk membantu insan yang kurang upaya. Aplikasi ini kemudian diuji pada Huawei Mate 20 Pro yang semua sedia tahu adalah peranti yang berkuasa dengan janaan cip binaan 7nm.

Dengan kerjasama Polish Blind Association, Huawei membangunkan aplikasi Face Emotions. Aplikasi ini akan ‘menterjemah’ emosi kepada bunyi, jadi insan yang kurang daya penglihatan dapat ‘melihat’ bagaimana raut wajah jika seseorang itu mengekspresi emosi. Aplikasi ini menggunakan kamera utama Huawei Mate 20 Pro dan menganalisa ekspresi wajah seseorang menggunakan kecerdasan buatan.

Sejenis algoritma pembelajaran mesin luar talian diintegrasi ke dalam peranti ini untuk mengenalpasti pengantara termasuk kening, mata, hidung dan mulut. Sistem ini kemudian menentukan posisi yang setiap bahagian wajah dan akan mengenalpasti sesuatu emosi. Aplikasi ini mampu mengenalpasti tujuh perasaan iaitu marah, takut, jijik, bahagia, sedih, terkejut dan terhina.

Bunyi yang dihasilkan adalah ringkas, pendek dan mudah untuk difahamkan. Bunyi ini pula dihasilkan oleh seorang komposer yang turut mempunyai kurang daya penglihatan – Tomasz Bilecki. Aplikasi ini kemudian diuji kepada beberapa pengguna yang kurang daya penglihatan dan setiap pendapat mereka akan direkodkan untuk menjadikan aplikasi ini lebih bermakna.

Ini bukan kali pertama Huawei hasilkan aplikasi sebegini, sebelum ini mereka telah bangunkan ‘StorySign‘ yang menterjemah buku kanak-kanak kepada bahasa isyarat.


Komen ()