Cari @ Amanz

Sony Malaysia hari ini mengumumkan penawaran konsol terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Sony PlayStation 4 Pro dengan storan 2TB. Model yang dibawa masuk ini adalah model CUH-7218C B01.

Konsol terbaru ini menawarkan sokongan grafik dan pelbagai ciri-ciri lebih kurang sama seperti PlayStation 4 Pro lain, tetapi kali ini ia hadir dengan storan bersaiz lebih besar. Dengannya, pengguna boleh menyimpan lebih banyak permainan video, selain turut menyimpan kandungan lain termasuk video rakaman permainan, gambar, aplikasi dan sebagainya.

PlayStation 4 Pro dengan storan 2TB ini akan dijual di Malaysia bermula 11 Januari 2019 pada harga RM1949.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd