Cari @ Amanz

Jika anda penggemar permainan-permainan komputer seperti Maple Story, Mabinogi dan siri FIFA Online, anda pastinya pernah sekurang-kurangnya mendengar nama Nexon sebelum ini.

Nexon ialah sebuah syarikat pembangun permainan yang popular dari Korea yang biasanya hadir dengan pelbagai jenis permainan komputer dan permua yang dimainkan oleh beribu orang di atas talian. Berdasarkan pendapatan sahaja, Nexon berada di tangga ke-11 atau 12 syarikat-syarikat pembangun permainan terbesar di dunia dengan pendapatan sebanyak $2.2 bilion (RM8.8 bilion) pada tahun lalu.

Reuters baru-baru ini melaporkan bahawa pengasas syarikat tersebut, Kim Jung-ju, isterinya Yoo Jung Hyun dan beberapa pemegang saham lain akan menjual semua pegangan-pegangan mereka yang dikatakan sebanyak 98.64 peratus dan bernilai $8.9 bilion (RM35.6 bilion).

Nilai saham-saham tersebut dikatakan terlalu mahal untuk mana-mana satu syarikat untuk membelinya, dan beberapa syarikat dikatakan berminat untuk membeli sebahagian daripada saham-saham tersebut, termasuklah Kakao Corp, Electronic Arts, Netmarble dan juga Tencent.

Buat masa ini, pihak Nexon masih belum mengesahkan apa-apa jualan lagi, tetapi Deutsche Bank dan Morgan Stanley telah dimintak untuk menguruskan penjualan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd