Cari @ Amanz

ARM adalah syarikat yang menghasilkan sensor untuk telefon pintar dan banyak peranti lain. Menurut ARM, sebanyak 70% populasi di dunia menggunakan teknologi dari ARM. Terkini, ARM telah hadir dengan dua ISP untuk hasilkan imej berkualiti tinggi.

Dua ISP terkini dari ARM ini adalah Mali-C52 dan Mali-C32 dan ia mampu hasilkan imej HDR yang berkualiti tinggi dan akan digunakan pada kamera aksi, dron, peranti berhubung dan robot generasi baru. ISP ini mampu memproses 600 megapixel per saat dan mempunyai 25 proses untuk memproses setiap pixel. Antara proses yang dilakukan adalah mengurangkan hingar, pengurusan warna dan pemprosessan HDR.

ISP Mali-C52 dan Mali-C32 ini sesuai digunakan untuk rakaman 4K 60FPS dan digunakan pada lensa 16 Megapixel. ISP Mali-C52 memfokuskan kepada pemprosesan imej untuk peranti yang premium, manakala Mali-C32 adalah untuk gajet-gajet pada harga mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd