Bermula 1 Januari yang lalu, menghisap rokok telah diharamkan dari restoran. Ini ialah antara inisiatif kerajaan untuk membanteras tabiat buruk ini serta menjamin keselesaan majoriti pengguna yang tidak menghisap rokok. Sejak dari hari pertama golongan perokok menentang pengharaman ini dan terus menghisap rokok seperti biasa. Mereka harus berhati-hari kerana Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan talian WhatsApp khusus untuk melaporkan kesalahan mereka.
Pengguna boleh menghantar bukti kesalahan, nama restoran, lokasi dan waktu ia dilakukan ke nombor 010 8608949 atau melakukan panggilan terus ke talian 03 88924530. Selain itu pengguna turut boleh melaporkan restoran yang tidak meletakkan tanda larangan menghisap rokok di dalam premis.
Jadi kepada perokok silalah mematuhi undang-undang kerana kesalahan anda bukan sahaja boleh ditularkan malah kini boleh menyebabkan anda didakwa pihak berkuasa.