Carian
Honor 8A Akan Dilancarkan Pada 8 Januari
January 4, 2019 Effi Saharudin

Peranti Honor diminati pengguna yang ingin memiliki peranti yang baik tetapi tidak mahu membayar harga yang tinggi. Sub jenama Huawei ini semakin popular dan kini menyumbang lebih separuh jualan Huawei di China pada suku ketiga 2018. Pada 8 Januari kelak mereka akan melancarkan Honor 8A.

Peranti ini akan dilengkapi skrin 6.1″ IPS LCD HD+. pemproses 2.3 GHz lapan teras, memori sebesar 3GB RAM, storan sehingga 64GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan menggunakan Android Pie dengan pelancar EMUI. Dar imej acah yang dimuat naik oleh laman Weibo rasmi mereka, Honor 8A akan menggunakan skrin dengan takuk skrin yang kecil. Memandangkan ia sebuah peranti kelas permulaan harga jualannya dijangka mampu milik.

Komen