Adakah Lazada Akan “Menjual” Teman Lelaki Bersempena Tahun Baru Cina?

Adakah Lazada Akan “Menjual” Teman Lelaki Bersempena Tahun Baru Cina?

Diterbitkan pada Jan 4, 2019 oleh .

Lazada sedia menawarkan pelbagai barangan melalui perkhidmatan mereka – termasuk kereta dan rumah, dan salah satu jenaka yang sering hadir dikalangan pengguna di media sosial adalah, “Boyfriend ada jual tak?”.

Kini, dengan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba, pihak Lazada mula mengacah yang memberikan petanda mereka mungkin menawarkan “Teman Lelaki” melalui platform mereka.

Untuk makluman, sebelum ini di China terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan langganan teman lelaki bersempena dengan Tahun Baru Cina. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penawaran ini akan berfungsi, dan sama ada Lazada sekadar mengacah bermain semata-mata atau akan benar-benar menawarkannya kelak.


TIPS & ULASAN