Elon Musk, CEO Tesla berkicau hari ini di Twitter menjawab soalan mengapa kenderaan elektrik Tesla tidak dijual secara banyak di negara Singapura.
Singapore has enough area to switch to solar/battery & be energy-independent
— Elon Musk (@elonmusk) January 3, 2019
Beliau berkata bahawa kerajaan Singapura tidak begitu terbuka untuk bekerjasama dengan Tesla kerana mereka masih bergantung kepada tenaga fosil walaupun mempunyai kawasan dan kuasa kewangan yang cukup besar untuk melabur di dalam tenaga lestari seperti solar dan bateri.
I’ve got a building in Singapore coming up 2020. Happy to get a solar/battery outfit there to test/showcase it: https://t.co/d2oU8LzdB6
— Min-Liang Tan (@minliangtan) January 3, 2019
Sedang Elon menjawab pertanyaan tersebut, Min-Liang Tan, CEO Razer mencelah dengan berkata bahawa Razer bakal membuka ibu pejabat mereka di Singapura menjelang tahun 2020 kelak dan ingin bekerjasama dengan Tesla Energy untuk menguasakan kompleks tersebut dengan tenaga lestari.
Btw, I like your gaming equipment
— Elon Musk (@elonmusk) January 3, 2019
Dalam pada itu, Elon Musk juga berkata bahawa beliau suka akan perkakasan dan aksesori gaming Razer dan siri kicauan ini membuatkan ramai orang tertanya-tanya jika satu kerjasama besar bakal berlaku diantara kedua-dua syarikat ini.
Mungkinkah tidak lama lagi, kita akan dapat melihat kereta Tesla yang hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan RGB Razer Chroma?