Carian
Fuchsia OS Mungkin Akan Menyokong Aplikasi Android Seperti Chrome OS
January 4, 2019 Effi Saharudin

Informasi terkini mengenai Fuchsia OS adalah pada bulan Disember lepas di mana Google telah bercadang untuk mengubah sepenuhnya antaramuka sistem operasi baru ini. Menurut sumber, Google langsung tidak akan gunakan antaramuka seperti yang hadir pada demo ‘Armadillo’.

Terkini, di laman sumber kod Android – satu judul kod berkaitan dengan Fuchsia OS telah muncul. Di mana sokongan aplikasi Android telah disasarkan untuk disokong pada sistem operasi ini. Ini adalah sama seperti apa yang Google lakukan pada Chrome OS. Sistem operasi ringan itu semakin popular dan semakin mudah digunakan apabila aplikasi Android boleh dipasang.

Fuchsia OS masih menggunakan asas kernel sama seperti Android, tetapi kernel pada Fuchsia OS adalah lain daripada lain dibangunkan khusus untuk sistem operasi ini. Android menggunakan Android Runtime (ART) sebagai persekitaran untuk menjalankan aplikasi. Pada Fuchsia OS, satu versi ART yang unik digunakan dan pakej aplikasi adalah .far bukan seperti Android .apk.

Komen