BitTorrent Memperkenalkan Token BTT Untuk Mempercepatkan Kadar Muat Turun Fail – Boleh Dibeli Dengan Kriptowang Tidak Lama Lagi

BitTorrent Memperkenalkan Token BTT Untuk Mempercepatkan Kadar Muat Turun Fail – Boleh Dibeli Dengan Kriptowang Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 4, 2019 oleh .

BitTorrent merupakan perkhidmatan muat turun P2P (peer-to-peer) yang sangat popular digunakan oleh ramai orang untuk memuat turun fail di seluruh dunia menggunakan sambungan Internet pengguna.

Baru-baru ini, pihak BitTorrent mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan token BTT yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan kelajuan muat-turun dan muat-naik fail-fail mereka jika kadar kelajuan penghantaran data tidak memuaskan.

Seperti banyak perkhidmatan digital sekarang, token BTT ini akan dibina berdasarkan rantaian blok, dan diharap akan memudahkan pencipta kandungan untuk menyebarkan kerja-kerja dan produk-produk mereka dengan lebih mudah dan cepat.

BitTorrent akan bekerjasama dengan Binance Platform, platform penjualan token digital di luar Amerika Syarikat buat masa ini, dan akan diimplimentasi di dalam perisian uTorrent Classic tidak lama lagi. Pengguna boleh memilih untuk tidak menggunakan token ini di dalam menu tetapan.


TIPS & ULASAN