Apple Melancarkan Beats Solo3 Wireless Headphones Berwarna Silver Wing Grey Di China

Apple Melancarkan Beats Solo3 Wireless Headphones Berwarna Silver Wing Grey Di China

Diterbitkan pada Jan 4, 2019 oleh .

Sejak Apple lancarkan Apple AirPods, cip khusus Apple W1 yang digunakan untuk tujuan tambatan yang lebih mudah lebih luas digunakan pada banyak aksesori audio. Beats dimiliki oleh Apple, jadi set-set fon kepala atau telinga mereka yang nirwayar banyak yang mempunyai integrasi cip ini.

Terkini, sempena tahun baru di China – Apple mula menjual set fon kepala Beats Solo3 Wireless dengan warna Silver Wing Grey. Set fon telinga ini bukan sahaja dijual sempena tahun baru tetapi ia adalah edisi terhad untuk perayaan musim bunga. Beats Solo3 Wireless ini hadir dengan rekaan menarik yang menggabungkan rekaan khinzir sempena tahun 2019 dengan aksen warna emas. Bukan set fon kepala ini sahaja unik, tetapi juga bekas simpanan yang disediakan.

Bagi yang tidak tahu spesifikasi Beats Solo3 Wireless ini, ia adalah set fon kepala Beats dengan cip Apple W1, ketahanan bateri sehingga 40 jam dan mempunyai kualiti audio yang baik sehingga ia memenangi anugerah bunyi terbaik Beats. Kemudian, kusyen pada set fon kepala ini dibuat dari bahan yang selesa dan lembut dan mengasingkan bunyi bising.

Set fon dijual pada harga RMB2,268 iaitu sekitar RM1,366. Ya harganya dalam RMB kerana ia terhad untuk pasaran China.


TIPS & ULASAN