Oppo F9 Dengan Pilihan Warna “Jade Green” Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo F9 Dengan Pilihan Warna “Jade Green” Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 5, 2019 oleh .

Oppo Malaysia mempunyai beberapa penawaran telefon pintar dibawah mereka, dan salah satunya adalah Oppo F9. Ia merupakan salah satu telefon pintar terawal Oppo yang hadir dengan rekaan takuk kecil, selain turut menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC. Ia telah sedia ditawarkan sejak tahun lepas, dan terkini Oppo Malaysia mengatakan mereka kelak akan turut menawarkan Oppo F9 dalam pilihan warna hijau atau apa yang dipanggil mereka “Jade Green“.

Oppo F9 Jade Green

Buat masa ini, tarikh penawarannya masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan ia ditawarkan selari dengan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

Oppo F9 hadir dengan skrin 6.3inci FHD+ AMOLED, dijana cip MediaTek Helio P60, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 25-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 3500mAh. Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1399.

Baca : Ulasan Oppo F9


TIPS & ULASAN