Cari @ Amanz

Asus pada tahun lepas telah hadir dengan beberapa peranti menarik, dan salah satunya adalah Zenfone 5. Kini, memulakan tahun baru, Asus menyediakan berita gembira untuk pengguna peranti berkenaan – iaitu dengan memperkenalkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk pengguna Zenfone 5.

Zenfone 5 Android Pie

Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua – dimana ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum anda menerimanya.

Kemaskini Android 9.0 Pie membawakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk integrasi pembelajaran mesin dalam pengoptimasian paparan skrin dan juga bateri, sedikit perubahan pada antaramuka, kaedah navigasi baru, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Zenfone 5, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd