Cari @ Amanz

Pada era media sosial dan perkembangan teknologi masa kini, terdapat sejumlah rekod-rekod baru yang dicatatkan oleh Guinness World Records. Terkini, mereka turut mengumumkan yang mana Kang Daniel, salah seorang bintang K-Pop telah pun memecah rekod untuk “masa terpantas mendapatkan sejuta pengikut di Instagram“.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Pope Francis pada 2016 yang lepas, dimana beliau mengambil masa 12 jam untuk mendapatkan sejumlah pengikut untuk akaun Vatican Media. Terkini, rekod berkenaan dipecahkan oleh Kang Daniel dengan hanya mengambil masa 11 jam 36 minit untuk mencapai angka sejuta pengikut di Instagram.

https://www.instagram.com/p/BsKpeo-A2Y-/

Akaun Kang Daniel telah dibuka ketika tahun baru 2019 ini, dan sejak dibuka beliau telah berkongsi gambar swafoto dan juga video kucing beliau.

Sementara, di Twitter, rekod dunia yang dipegang adalah oleh Caitlyn Jenner untuk mencapai masa terpantas mendapatkan sejuta pengikut – iaitu hanya 4 jam 3 minit, dan telah dicatatkan pada 2015 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd