Pada 1 Januari yang lalu, akaun Twitter rasmi Huawei menghantar ucapan menyambut tahun baru 2018. Malang sekali aplikasi Twitter kini mendedahkan kicauan ini dihantar menggunakan sebuah iPhone. Kesilapan ini segera dikesan oleh pengguna Twitter sehingga menjadi bahan jenaka selama beberapa hari.
That was fast pic.twitter.com/y6k0FJF7Gq
— Marques Brownlee (@MKBHD) January 1, 2019
Menurut laporan Bloomberg, dua orang kakitangan Huawei telah dihukum dengan potongan gaji dan penurunan pangkat kerana kesilapan ini. Turut dilaporkan gaji kakitangan dari bahagian pemasaran digital ini dipotong sebanyak RMB5000 (~RM 3000) kerana kesilapan yang berlaku merosakkan imej Huawei yang ingin menjadi pengeluar peranti terbesar dunia dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Hukuman ini agak berat memandangkan kesilapan sebenarnya dilakukan oleh agensi luar negara yang dilantik dan bukan dua kakitangan itu sendiri.
Kesilapan di media sosial ini tidak terhad kepada Huawei. Sebelum ini akaun rasmi Apple Music dilihat menghantar kicauan menggunakan Android, akaun Samsung menghantar kicauan menggunakan iPhone dan duta beberapa produk juga melakukan kesalahan yang sama.