BOE Memperlihatkan Panel AMOLED Untuk Peranti Skrin Boleh Dilipat

BOE Memperlihatkan Panel AMOLED Untuk Peranti Skrin Boleh Dilipat

Diterbitkan pada Jan 6, 2019 oleh .

2018 ialah tahun takuk yang kecil mula diperkenalkan pada telefon pintar. Tahun 2019 pula penggunaan skrin berlubang dan peranti yang boleh dilipat diramal akan menjadi trend pengeluar. BOE ialah antara pengeluar skrin AMOLED yang digunakan oleh Huawei. Mereka telah memperlihatkan panel AMOLED mereka yang direka khusus untuk peranti skrin boleh lipat.

Tidak seperti rekaan skrin Samsung Infinity Flex Display, skrin BOE melipat keluar. Ia sebesar 7.65″ dengan resolusi 2048 x 1536 pixel. Ia mempunyai keterangan maksimum 380 nits dan bahagian terlipat yang hanya sebesar 1 mm. Kekurangan yang dapat dilihat ialah bahagian bezel yang amat besar jika dibandingkan dengan rekaan skrin yang wujud di pasaran. Memandangkan Huawei mempunyai perancangan untuk melancarkan peranti skrin boleh lipat mereka, tidak mengejutkan jika panel di atas bakal digunakan oleh mereka kelak.


TIPS & ULASAN