Xiaomi Malaysia sebelum ini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk telefon boleh-luncur Mi Mix 3 ke pasaran tempatan pada bulan Januari ini, dan ia berharga kurang RM2500.
Lanjutan daripadanya, kini, mengikut beberapa sumber, telefon pintar ini diperkatakan akan membawakan tanda harga RM2299.
Mi Mix 3 merupakan telefon pintar dengan rekaan boleh-luncur berasaskan magnetik – sekaligus membawakan rekaan skrin menyeluruh dihadapan, dan kamera swafoto disembunyikan pada kerangka luncur.
Dari segi spesifikas, ia hadir dengan skrin 6.39=inci, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.
Ia dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP, selain kamera hadapan 24MP + 2MP. Ia turut hadir dengan bateri 3200mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Xiaomi Malaysia dijangka membuat pengumuman rasmi berkaitan harga jualan Xiaomi Mi Mix 3 ini pada minggu ini.