Carian
Adakah iPhone Tahun 2019 Akan Kelihatan Seperti Ini?
January 7, 2019 Aman

Apple sering memperkenalkan iPhone baru pada setiap tahun, sekitar bulan September. Untuk tahun ini, perkara berkenaan dijangka akan diteruskan, dan kini gambaran awal untuk telefon pintar berkenaan dikongsikan oleh @OnLeaks.

Apple iPhone XI

Untuk makluman, gambaran awal ini masih pada peringkat rekauji, dan iPhone akhir kelak mungkin jauh berbeza berbanding apa yang diperlihatkan ini. Kebiasaannya, pengeluar akan menguji pelbagai rekabentuk berbeza sebelum hadir dengan peranti akhir. Memandangkan masih terdapat sekitar sembilan bulan lagi, maka berkemungkinan besar rekaan akhirnya mungkin sedikit berbeza.

Apple iPhone XI

Berbalik kepada gambaran awal yang diperlihatkan, ia menunjukkan penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang dengan kedudukan yang berbeza dan agak unik jikalau dibandingkan dengan Mate 20 Pro sebelum ini.

Walaupun ia mungkin bukan adalah rekaan akhir iPhone 2019, tetapi masih terdapat kebarangkalian yang mana ia mungkin berbentuk seumpamanya.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan rekaan seumpama ini? Dan apakah anda rasa nama yang akan digunakan oleh Apple untuk iPhone akan datang mereka?

https://twitter.com/OnLeaks/status/1081902300434780161

Komen