Cari @ Amanz

Selain memperkenalkan komputer riba dengan skrin AMOLED, pihak HP hari ini turut mengumumkan kemaskini untuk komputer riba memfokuskan permainan video mereka, iaitu Omen 15. HP Omen 15 kini dikemaskini dengan skrin 15.6-inci IPS yang mana membawakan kadar segar semula 240Hz.

HP Omen 15 2019

Dengan kadar segar semula yang sangat tinggi ini, ia sekaligus akan menawarkan pengalaman permainan video yang sangat baik, terutamanya apabila memainkan permainan aksi tembak-menembak.

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi cip Intel Core i7-8750H, memori sehingga 16GB RAM, dan dilengkapi kad grafik NVIDIA RTX 2070 Max-Q. Teknologi baru lain yang turut disertakan adalah sokongan WiFi 6 bersama-sama dengannya.

Rekaan komputer riba ini adalah lebih kurang sama dengan rekaan Omen 15 sedia ada dipasaran, dan perubahan yang dibawakan adalah lebih pada bahagian spesifikasi.

HP dijangka akan memasarkannya bermula bulan Februari 2019 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd