Selain memperkenalkan komputer riba, HP turut mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa peranti lain dibawah keluarga Omen, termasuk salah satunya adalah HP Omen X Emperium 65 – iaitu sebuah skrin monitor memfokuskan untuk permainan video.
Ia hadir dengan skrin pada saiz 65-inci, selain turut dilengkapi dengan soundbar tersendiri.
Panel ini hadir dibawah penawaran Big Format Gaming Display yang diumumkan NVIDIA pada tahun lepas – sekaligus menyertakan sokongan G-Sync HDR, serta sokongan kadar segar semula 144Hz.
HP Omen X Emperium 65 ini dilihat ditujukan kepada para peminat permainan video yang inginkan panel paparan besar untuk menikmati permainan mereka.
HP akan memasarkannya pada harga bermula $4999 (~RM20k) pada Februari 2019 ini.