Cari @ Amanz

Sebelum ini kita sedia melihat pelbagai komputer riba Chromebook yang hadir dengan cip berasaskan Intel. Pada CES 2019 hari ini, perkara berkenaan berubah, dan beberapa pengeluar telah pun mula hadir dengan Chromebook berasaskan kepada cip AMD.

Dua pengeluar pertama yang telah pun hadir dengan Chromebook berasaskan AMD adalah Acer dan juga HP. Acer telah pun memperkenalkan Acer Chromebook 315, sementara HP pula hadir dengan HP Chromebook 14.

Acer Chromebook 315

Acer Chromebook 315 merupakan komputer riba dengan skrin 15.6-inci, memori sehingga 8GB RAM, selain turut hadir dengan pilihan skrin sentuh.

Sementara HP Chromebook 14 pula merupakan komputer riba dengan skrin 14-inci pada resolusi 720p, hadir dengan 4GB RAM dan storan 32GB.

HP Chromebook 14

Kedua-duanya menggunakan cip dwi-teras AMD A4, selain pilihan AMD A6 dijangka menyusul selepas itu.

Dengan penawaran ini, kita mungkin melihat lebih banyak pengeluar hadir dengan komputer riba Chromebook berasaskan cip AMD dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd