Apple Menyambut Ulang-Tahun Ke-15 Untuk Aplikasi GarageBand

Apple Menyambut Ulang-Tahun Ke-15 Untuk Aplikasi GarageBand

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

GarageBand merupakan salah satu aplikasi muzik yang digunakan meluas oleh pengguna seluruh dunia dalam menghasilkan bunyi dan lagu tersendiri. Ia pada awalnya telah diperkenalkan oleh Steve Jobs pada acara Macworld 2004 yang lepas, dan kini aplikasi berkenaan telah pun menyambut ulang-tahun ke-15 sejak ia diperkenalkan.

GarageBand

GarageBand sebelum ini telah diperkenalkan pada Januari 2004 yang lepas, dan sejak daripada itu, pelbagai lagu telah dihasilkan melaluinya. Pada 2011, Apple turut menambha sokongan GarageBand untuk iPad dan juga iPhone.

Selain sokongan pelbagai instrumen popular, ia juga menyertakan sokongan instrumen tradisional China pada aplikasi berkenaan.

GarageBand ditawarkan secara percuma untuk Mac, iPad dan juga iPhone. Anda yang berminat boleh memuat-turun GarageBand ini hari ini dan mula menghasilkan lagu anda tersendiri melaluinya hari ini.

Muat-Turun GarageBand untuk Mac

Muat-Turun GarageBand untuk iOS


TIPS & ULASAN