Telefon Pintar OnePlus Akan Datang Dijangka Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS 3.0

Telefon Pintar OnePlus Akan Datang Dijangka Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS 3.0

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Selain daripada spesifikasi tinggi pada sesuatu telefon pintar, salah satu perkara yang turut memainkan peranan penting dalam menawarkan prestasi yang baik adalah sokongan jenis storan yang digunakan. Terdapat beberapa variasi storan, termasuk eMMC, UFS 2.1, dan juga paling terbaru adalah UFS 3.0.

UFS 3.0 dijangka digunakan pada peranti yang akan hadir pada tahun ini, termasuk pada telefon pintar OnePlus akan datang.

Melalui paparan skrin yang dikongsikan diarena web hari ini, ia memperlihatkan kebolehan menulis dan membaca yang sangat pantas – lebih laju berbanding UFS 2.1 sedia ada – sehingga dua kali ganda lebih pantas.

Samsung sebelum ini telah mengumumkan penawaran UFS 3.0 untuk telefon pintar tahun ini dengan storan bersaiz bermula 128GB.

Selain peranti OnePlus, kita juga mungkin melihat ia digunakan terlebih dahulu oleh Samsung sendiri melalui Galaxy S10 akan datang.


TIPS & ULASAN