Carian
Samsung Hadir Dengan Televisyen Mikro-LED Bersaiz 75-inci
January 7, 2019 Effi Saharudin

Pada CES 2018 yang lepas, Samsung telah melancarkan televisyen mikro-LED modular nirbingkai mereka tersendiri dinamakan The Wall. The Wall membawakan skrin bersaiz 146-inci, yang mana mungkin sangat besar untuk kebanyakkan rumah. Terkini, pada acara CES 2019 yang diadakan hari ini, Samsung kembali sekali lagi, dan turut memperkenalkan tv mikro-LED bersaiz 75-inci dengan sokongan paparan 4K.

Samsung Mikro-LED

Berbeza dengan sokongan modular kebiasaan, untuk tv mikro-LED pula, ia berfungsi dengan membenarkan pengguna untuk mengaktifkan sebahagian skrin sahaja, atau keseluruhannya.

Penggunaan teknologi mikro-LED ini juga dikatakan membawakan paparan imej yang lebih terang dan jitu, selain pewarnaan yang lebih cantik lagi.

Buat masa ini, pihak Samsung masih tidak berkongsi bilakah mereka akan memasarkan televisyen dengan mikro-LED ini kepada umum. Tetapi, suatu perkara yang agak pasti adalah dimana harga pengenalannya berkemungkinan sangat mahal.

Komen