Aplikasi Media Sosial Peribadi Taylor Swift, The Swift Life Akan Ditamatkan Pada 1 Februari 2019

Aplikasi Media Sosial Peribadi Taylor Swift, The Swift Life Akan Ditamatkan Pada 1 Februari 2019

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Dua tahun lepas, penyanyi popular melancarkan aplikasi media sosial peribadi beliau The Swift Life. Aplikasi The Swift Life ini memberikan peminat akses kepada kehidupan seharian Taylor Swift. Peminat turut boleh membeli kandungan dan barangan eksklusif. Kini, aplikasi ini telah ditamatkan secara rasmi dan tidak boleh dimuat turun pada mana-mana platform telefon pintar.

Aplikasi The Swift Life ini dilancarkan pada tahun yang sama dengan album Taylor Swift – Reputation. Menurut pengumuman yang diterbit oleh Instagram @theswiftlifeapp, era untuk Reputation sudah pun berakhir. Aplikasi ini sudah tidak boleh dimuat turun dan segala perkhidmatan akan ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Februari ini.

Menurut satu kicauan oleh seorang pengguna, sebenarnya aplikasi ini ditamatkan bukan kerana era ‘reputasi’ sudah tamat. Tetapi aplikasi ini mempunyai banyak masalah seperti menggunakan storan yang banyak, menghabiskan bateri peranti serta tidak menyokong banyak peranti.

Jika anda adalah seorang peminat Taylor Swift, anda masih boleh sokong beliau melalui belian album asli, muat turun muzik yang sah atau membeli barangan eksklusif beliau di platform lain.


TIPS & ULASAN