Carian
Asus Melancarkan Lyra Voice – Gabungan Pembesar Suara Pintar Alexa Dan Penghala
January 7, 2019 Fahim Zahar

Asus sedia terkenal dengan produk-produk rangkaian seperti modem atau penghala. Banyak modem/penghala yang berkuasa adalah daripada Asus. Kini, Asus melancarkan satu produk baru dan ia adalah laind daripada yang lain.

Lyra Voice adalah produk baru ini. Ia adalah gabungan penghala dan pembesar suara pintar Alexa. Secara keseluruhan, Lyra Voice ini mempunyai rekaan yang sangat mirip dengan pembesar suara biasa dan tiada langsung menampakkan ia juga adalah sejenis penghala.

Kemasan yang Asus gunakan adalah fabrik, ia adalah lebih kurang dengan Google Home Mini atau Google Home Max. Pembesar suaranya adalah sepasang driver 8W. Untuk pendengaran muzik, pengguna boleh gunakan tambatan Bluetooth ataupun arahan suara Alexa.

Disebabkan nama produk ini adalah ‘Lyra’, ia boleh diselarikan dengan produk-produk Asus Lyra yang lain. Lyra Voice ini juga menggunakan AiMesh iaitu teknologi rangkaian tersendiri Asus. Asus akan jual Lyra Voice beberapa minggu lagi dengan tanda harga $220 iaitu sekitar RM904.

Komen