Sony Menyekat Pemasangan Aplikasi Kodi Pada Televisyen Mereka

Sony Menyekat Pemasangan Aplikasi Kodi Pada Televisyen Mereka

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Kodi adalah aplikasi sumber terbuka untuk penstriman dan pemain media yang boleh memainkan media dari storan atau rangkaian. Aplikasi ini sudah hidup selama 15 tahun di mana pada asalnya ia adalah XBMC dan hanya kemudian baru bertukar nama ke Kodi.

Terkini, Sony dilihat menyekat pemasangan aplikasi Kodi ini pada beberapa televisyen pintar mereka yang terkini. Cara Sony menyekat pemasangan Kodi adalah, menyekat pakej ID dari dipasang atau dibuka pada televisyen mereka. Di Play Store untuk TV, aplikasi ini masih lagi tersenarai – cuma pengguna tidak boleh melakukan apa-apa.

Kodi mengicau di Twitter dan berasa kesal atas tindakan Sony ini. Seorang pengguna turut mengicau dan berhasrat untuk tidak lagi gunakan televisyen Sony dan akan gantikan dengan Samsung. Mungkin sebab Sony menyekat Kodi ini adalah untuk elak, Kodi turut terkenal dengan kemampuan memasang aplikasi penstriman haram, aplikasi saluran secara langsung haram dan aplikasi yang mengakses filem atau drama yang haram.

Ada baiknya Sony buat keputusan seperti ini, contohnya adalah menggalakkan pengguna untuk langgan atau tonton kandungan dari sumber yang sah dan halal. Apa yang tidak baik adalah, pengguna yang gunakan Kodi secara sah – tidak lagi boleh gunakan aplikasi ini pada televisyen Sony mereka.


TIPS & ULASAN